TEMA: MARIN
BAHAN,MEDIA & TEKNIK: BEBAS
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN SENI VISUAL LABUAN
Pertandingan Seni Visual Labuan 2010 adalah terbuka kepada semua Warga Malaysia dan Borneo.
1. Penyertaan hendaklah karya yang asli; ciptaan yang terbaru yang belum pernah dikemukakan untuk mana-mana pertandingan atau pameran sebelum Mac 2010
2. Setiap karya yang dikemukakan hendaklah dilengkapi dengan bingkai dan sedia untuk dipamerkan. (Walaubagaimana pun karya yang tidak berbingkai juga akan dipertimbangkan)
4. Segala keputusan Panel Juri adalah muktamad.
5. Karya yang terpilih dan diberikan hadiah adalah menjadi hak milik penganjur.
6. Peserta yang tidak memenuhi syarat-syarat akan ditolak penyertaannya.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 27 April 2010.
Karya-karya yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
PENGANGKUATAN DAN PENGAMBILAN
1. Semua perbelanjaan yang terlibat dalam penghantaran dan pengambilan karya-karya kepada penganjur adalah tanggungan peserta sendiri.
2. Karya-karya yang tidak dipilih untuk menerima hadiah hendaklah diambil semula oleh peserta sebelum 1 Jun 2010. Karya-karya yang tidak dituntut selepas tarikh tersebut akan menjadi hakmilik Persatuan Seni Tampak Labuan.
UKURAN
i) Penyertaan karya berbentuk dua dimensi (Lukisan, Catan, Cetakan, Ukiran Timbul dan sebagainya) hendaklah berukuran lebih kurang 30" X 40".
ii) Ukuran bagi penyertaan karya 3 dimensi seperti arca, tembikar dan sebagainya hendaklah dalam ukuran yang biasa dan munasabah.
PELEKAT DAN DATA PENYERTAAN
Para peserta adalah dikehendaki melekatkan di belakang setiap karya
penyertaan mereka dengan sekeping pelekat yang mengandungi butir-
butir seperti berikut:
i. Nama:
ii. Tarikh Lahir:
iii. No. Kad Pengenalan:
iv. Jantina:
v. Alamat:
vi. No. Tel:
vii. Fax / Email:
viii. Tajuk:
ix. Kategori(Jenis Karya). Contohnya: Catan, Lukisan, Arca, Cetakan dan sebagainya.
x. Dua keping gambar berukuran paspot hendaklah juga disertakan bersama.
Tanpa butiran tersebut, penyertaan anda mungkin tidak akan diterima.
SEMUA PENYERTAAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
URUSETIA,
PERTANDINGAN SENI VISUAL LABUAN 2010,
ARTZONE,
SHORECENTRE,
B 0-12, LOT U 0534,
JALAN KEMAJUAN,
87008 W.P LABUAN.
SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
AZIZE MOHD YUSOPH - H/P: 012 843 66 88
TONY MDY - H/P: 013 8999 555